Friday 6 May 2016

Ubi Jaga



Ubi Jaga' adalah herba tradisional yang digunakan oleh kaum asli untuk kesan afrodisiak merangsang seks. Untuk tujuan ini, ubi yang juga merupakan bahagian akar di gunakan.

Ubi Jaga adalah tumbuhan menjalar yang tumbuh liar di dalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ia memperbaiki peredaran darah. Ia digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik umum dan untuk meningkatkan metabolisme badan.

Ia akan membantu meningkatkan keinginan seksual, meningkatkan sensitiviti, menguatkan ereksi dan membolehkan lelaki semua peringkat umur untuk menikmati seks lebih kerap dan lebih tahan lama.

Manfaat ini juga termasuk kesan penstabilan mood, promosi tahap tekanan darah yang sihat dan peningkatan tahap tenaga.

Ini pasti akan menyumbang untuk prestasi yang hebat di tempat tidur.

Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba ini.


Kegunaannya:

* Mengatasi masalah kesihatan dan meningkatkan tenaga.
* Memulih tenaga batin termasuk membantu edaran darah dalam badan.
* Meningkatkan tenaga seksual lelaki.
* Tonik umum untuk lelaki.


Rancang Besi


Nama Saintifik: Freycinetia malaccensis

Nama Famili: Pandanaceae

Nama Tempatan: Rancang Besi

Huraian: Pokok ini jenis berkayu / syrub. Mempunyai batang yang keras seperti lidi dengan diameter sehingga 1.5 cm, licin. Daun seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas, bahagian bawah lebar, hujung duan menirus, permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin. Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah. Akarnya setompok-tompok dan menjalar.

  Taburan Ekologi: Taburan meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah. Ia tumbuh di kawasan hutan dan tempat sejuk.

   Kelebihan Herba Rancang Besi Merawat masalah lemah tenaga batin.Memperbaiki masalah urat saraf.Bertindak sebagai tonik kesihatan.Membantu merawat penyakit gonorea.Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita.

Rancang Tembaga


Pengenalan


Pokok rancang tembaga merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Pokok ini mempunyai rizom di dalam tanah. Ketinggian pokok ini biasanya tidak melebihi 1 meter. Ia tumbuh di kawasan tanah rata dan kawasan tanah tinggi. Daun pokok rancang tembaga mempunyai tiga urat daun yang jelas kelihatan. Pokok rancang tembaga mempunyai bunga yang berbentuk jambak dan buahnya dalam bentuk beri(bulat-bulat kecil). Ketika muda buahnya berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila masak. Pokok ini membiak melalui biji benih, rizom, keratan batang dan pecahan anak.


Kegunaan



Batang, rizom dan akar pokok rancang tembaga direbus bersama-sama dengan akar tongkat ali dan ubi jaga digunakan sebagai afrodisiak dan untuk ibu lepas bersalin. Daun rancang tembaga yang disapukan dengan minyak kelapa dan dilayur di atas api kemudian ditampal pada tempat bengkak dipercayai dapat meredakan bengkak.



Tongkat Ali


Info dan Khasiat Pokok Tongkat Ali

Pengenalan Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi,Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia ,Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand, Vietnam dan Laos. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada keluarga Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih,


Khasiat

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasukpening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok tongkat ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan. Mengikut amalan tradisional, akar tongkat ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan tongkat ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

1.Anti-malaria: ujud aktiviti anti-malaria terhadap malaria Thailand K-1, beberapa jenis malaria Indonesia, perencatan sempurna terhadap enam isolat malaria Malaysia serta 2 kompaun akarnya menunjukkan potensi sebagai anti-malaria ).

2.Anti-kanser 1 daripada 6 kuasinode yang diambil daripada daunnya dikenalpasti mempunyai kompaun perencatan pengaktifan virus Epstein-Barr yang menggalakkan tumor. Daripada 65 kompaun akar Tongkat Ali, 8 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser paru-paru manakala 7 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadapkanser payudara.

3.Anti-kencing manis menunjukkan penurunan gula dalam darah bagi kes kandungan gula tinggi (hyperglycaemic) dan tiada kesan signifikan terhadap kadar gula yang normal (normoglycaemic).

4.Anti-bakteria: ekstrak daun dan batang menunjukkan keaktifan pada kedua-dua bakteriaGram-positive dan Gram-negative kecuali 2 jenis bakteria Gram-negative; namun ekstrak akar tidak menunjukkan apa-apa aktiviti anti-bakteria.

5.Sifat maskulin dan aktiviti seksual: menunjukkan peningkatan aktiviti seksual tikus dewasa, motivasi seksual tikus pembiak yang telah pencen dan berahi pada tikus tua dan tikus pembiak yang telah pencen

6.Kitaran spermatogenesis dan kesuburan: menunjukkan peningkatan yang signifikan pada jumlah spermatocytes dan spermatids, kadar penghasilan spermatozoa dan jumlah sel Leydig serta indeks kesuburan dan keproduktifan pada tikus jantan.

Penanaman

Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.

Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm. Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.